JJCM : Dabong
Makan angin di Dabong
Perjalanan ke Dabong dikongsikan Samsidar yang bercuti bersama 11 ahli rombongan termasuk tujuh ahli keluarga dan dua rakannya disifatkan satu pengalaman unik kerana menggunakan kereta api yang mengambil masa tiga jam perjalanan.
Sebaik tiba di stesen Dabong kata Samsidar, sudah ada pemandu pelancong menunggu dan bersedia membawa mereka ke lokasi tarikan di kawasan sekitar.
menggunakan khidmat pemandu pelancong yang mesra disapa Kak Sue yang tanpa berlengah membawa mereka melawat destinasi pertama iaitu Gua Ikan
Mudah sebenarnya melancong ke Dabong menggunakan khidmat kereta api. Sebaik sampai ada ramai pemandu pelancong tempatan sedia menunggu di stesen dan mereka ini akan cadangkan pakej atau lokasi sesuai dengan permintaan pelancong.
buat permintaan lokasi lebih santai sesuai untuk keluarga terutama anak-anak. mengunjungi tiga lokasi iaitu Gua Ikan, Lata Kertas dan Lata Kenerong.
Gua Ikan tidak perlu kelengkapan rumit memadai dengan mengenakan pakaian santai sudah boleh jelajah sekitar gua. Bagi mereka yang sukakan aktiviti teroka gua boleh jelajah ke pelosoknya kerana dikatakan ada beberapa lagi gua lain berhampiran. Gua Ikan menyerupai bentuk ikan selain ada aliran anak sungai yang cetek menyusurinya. Di sini bagi pelancong boleh rakamkan kenangan dengan struktur stalaktit dan stalagmit yang ada
Lata Kertas yang mengambil masa 15 hingga 20 minit menyusuri laluan ladang dan kebun. untuk mandi belum sesuai kerana tiada kemudahan seperti tandas atau tempat menyalin pakaian. biasanya merakam gambar kerana ada satu 'port' air terjun yang memanjang dan cantik. Di sini kedalaman air tidak sesuai untuk kanak-kanak selain batu sekitarnya juga besar
Lata Kenerong di lokasi itu sudah ada khemah dipacak dan beberapa 'port' orang menempatkan barangan berkelah. Lata Kenerong menawarkan pemandangan cukup indah. Sungai luas dan jeramnya terdiri daripada batu-batuan kecil. Di situ juga anak-anak saya sakan mandi. singgah di restoran Mee Udang Kak Na yang memiliki pelbagai pilihan sajian berasaskan udang. Memang enak dan disyorkan kepada peminat hidangan mee terbabit
Dabong memang 'syurga' bagi peminat ekopelancongan kerana panoramanya unik. Contohnya kalau di puncak Gunung Stong, ada awan karpet.
Manakala air terjun Jelawang memegang reputasi tertinggi di Asia Tenggara dan mempunyai tujuh tingkat air terjun dengan ketinggian 303 meter dari aras laut.
Tidak kurang juga dengan fenomena 'God Light' di Gua Ikan yang membuatkan peminat aktiviti gua sanggup menunggu dua jam demi menyaksikan panorama itu. hanya RM40 seorang dengan membawa sekurang-kurangnya empat rakan yang gemarkan aktiviti mengembara aktiviti lasak, ternyata amat berbaloi untuk menerokai tiga gua di Kampung Jelawang, Dabong, Kelantan ini. bayaran itu anda dapat menikmati panorama unik dan mahal di Gua Keris yang dikenali sebagai 'God Light'! yang sebenarnya turut menjadi kegilaan 'Mat Saleh' kalau ke sana.
'Terapung' di Sungai Kenerong
- Lokasi permulaannya di Pusat Perkelahan Sungai Kenerong, Kampung Stong, Dabong hanya terletak sekitar 15 kilometer (km) dari Pekan Dabong atau lebih dikenali sebagai Jambatan No 5.
- dikendalikan oleh Operator Strong Adventure & X-Venture (S.O.X), (Bukhari Mat) sejak 2014
- pengunjung boleh menyusuri Sungai Kenerong dengan aktiviti tubing ini sejauh 1.7km atau mengambil masa satu jam setengah.
- bayaran, seorang dikenakan caj RM60 dan minimum lima peserta. Kos itu tidak termasuk makan dan minum, tetapi kami boleh mengambil mereka di sekitar Dabong seperti di Stesen Keretapi Dabong
- Ia bergantung kepada ibu bapa atau penjaga itu sendiri sama ada ingin membawa anak mereka yang masih kecil atau tidak kerana dari segi keselamatan kami akan cuba sebaik mungkin dengan menyediakan kakitangan yang boleh berada berdekatan mereka dan paling utama mereka memakai jaket keselamatan.


Comments
Post a Comment
Terima Kasih atas pandangan anda...